Nike sentiasa selangkah ke hadapan dalam menghasilkan inovasi baharu untuk kasut. Terkini, mereka telah memperlihatkan model ‘Hands-Free’ pertama di dunia, Go FlyEase.
Mengapa Hands-Free? Kerana anda hanya perlu sarung sahaja kasut ini tanpa perlu duduk untuk mengikat kasut anda. Kasut ini menurut Nike direka untuk atlet serta mereka yang sentiasa on the go .
Dalam video penerangan Nike ini, mereka berkata dengan adanya model ini, walaupun tangan ada ‘penuh’, anda tidak perlu lagi berhenti sebentar untuk pakai kasut. Hanya sarung dan gerak.
Bahagian belakang kasut ini akan split apabila anda buka kasut. Dan apabila anda memijaknya semula, kasut ini terus akan grip kaki anda.
Peminat Nike bertuah akan diberi peluang untuk menjadi pembeli pertama model Go FlyEase ini bermula 15 Februari 2021 dan Go FlyEase akan berada di pasaran seluruh dunia pertengahan tahun ini.
Dalam masa yang sama, kasut edisi terhad Vans x Foo Fighters ini sudah pun sold out dalam masa sehari ia dilancarkan di Malaysia. baca lagi pada pautan di bawah.
Vans Buka 2021 Dengan Koleksi Edisi Khas Bersama Foo Fighters
‘Percuma Sahaja Di Pasar Raya’- Aksesori Persis Kabel Pengikat Berharga RM2,000 Cetus Perdebatan