Secara tiba-tiba, model Nike SB (siri untuk sukan skateboarding) kembali popular dalam kalangan peminat fesyen. Bagi model vintaj Nike SB seperti Tiffany, Cherry dan Carhartt, harganya boleh mencecah belasan ribu ringgit bergantung kepada saiz.
Kolaborasi terbaru antara Nike SB x Ben & Jerry’s ‘Chunky Dunky’ yang dilancarkan di seluruh dunia semalam nampaknya kini menjadi buruan apabila ramai yang sanggup membeli model ini dengan harga setinggi RM6,500.
Harga di laman reseller Stock X menjadi tanda aras untuk model Ben & Jerry’s ini. Untuk edisi dengan packaging khas Friends & Families (F&F) pula, Harganya boleh mencecah RM20,000!
Apa istimewanya model Nike SB x Ben & Jerry’s ini sehingga harga resell-nya boleh cecah ribuan ringgit? Mungkin kerana keunikan warna yang dipilih untuk model ini serta kesedapan aiskrim jenama Ben & Jerry’s tersebut.
Ben & Jerry’s adalah jenama aiskrim yang bermula di Vermont, Amerika Syarikat pada tahun 1978. Sehingga kini mereka menghasilkan aiskrim berkualti tinggi buatan Vermont dan dieksport ke seluruh dunia untuk dinikmati oleh semua peminat aiskrim.
"If it's not fun, why do it?" The Nike SB x Ben & Jerry's Chunky Dunky drops today. Find a store near you: https://t.co/FmE8mazj82 #chunkydunky pic.twitter.com/ORdCMgjyEB
— Ben & Jerry's (@benandjerrys) May 23, 2020
“If it’s not fun, why do it?” inilah kata-kata keramat sebelum projek kolaborasi ini bermula. Nike mengambil inspirasi tekstur dan warna yang terdapat pada kotak aiskrim Ben & Jerry’s untuk projek ini. Aiskrim yang menitis ditukar menjadi ciri unik pada Swoosh kasut ini.
Model ini turut dijual di laman Nike Malaysia semalam dengan harga RM389 dan sold out dalam masa kurang seminit. Sekiranya anda mahu, anda boleh lawati aplikasi Carousell dan paling ‘murah’ anda boleh membelinya pada harga RM5,500.
Sangat menguntungkan untuk kasut yang berharga RM389 sahaja. Baru-baru ini, kasut Nike yang pernah dipakai oleh Michael Jordan terjual pada harga RM2.4 juta dalam satu acara lelongan. Baca lagi pada pautan di bawah.
Kasut Nike Yang Pernah Dipakai Michael Jordan Terjual Pada Harga RM2.4 Juta
6 Pasang Nike Air Mag Bernilai Ratusan Ribu Ringgit Dijumpai Dalam Stor Terbiar