Selebriti terkenal, Nikita Mirzani Indonesia tidak setuju dengan cadangan Presiden republik itu, Prabowo Subianto yang bercadang mahu membawa masuk 1,000 pelarian Palestin ke negara itu.
Prabowo baru baru ini menegaskan bahawa Indonesia sedia menampung 1,000 pelarian Palestin yang memerlukan bantuan untuk dibawa masuk ke negara itu dan dirawat di hospital mereka.
Cadangan itu kurang disenangi oleh Nikita. Di mana aktres itu menyatakan bahawa, ketika ini lebih ramai rakyat Indonesia sendiri yang memerlukan bantuan kerajaan dan memerlukan perhatian daripada badan kebajikan negara itu.
Nikita Mirzani malah meminta kerajaan Indonesia agar tidak terlalu berlebihan dalam memberikan simpati. Dan belajar daripada layanan kerajaan ke atas warga Rohingya sebelum ini – menurutnya lagi.
Menurut Nikita, di Indonesia masih ramai rakyat yang tak cukup zat dan kelaparan.
Nikita menyatakan: “Saya berpendapat, daripada kita menampung rakyat Palestin di negara ini, lebih baik kita uruskan terlebih dahulu rakyat Indonesia yang masih miskin.
“Terutamanya mereka yang di kawasan terpencil, nak makan pun susah! Setiap hari hanya makan mi segera sehingga perut membusung kerana kelaparan.
“Perut saja yang besar tapi tangan dan kaki semua tinggal tulang saja,” katanya menerusi hantaran di InstaStory – menurut laporan Mstar Online.
Nikita menegaskan bahawa selama ini, rakyat Indonesia sudah cukup bersolidariti dan simpati kepada rakyat Palestin. Banyak bantuan dan derma dibuat untuk tabung amal Palestin.
Lalu dia berharap kerajaan mempertimbangkan sebaik baiknya cadangan itu.
"ENGGAK PERLU MIKIRIN PALESTINA, SUDAH BANYAK YANG MIKIRIN. PIKIRIN RAKYAT INDONESIA AAJA YANG JELAS-JELAS DI DEPAN MATA BANYAK KEKURANGANNYA." Kata Nikita Mirzani.
Cr. Intipseleb pic.twitter.com/7yLOn8JYQQ
— DEV🛑 (@devprinceps) June 7, 2024
Nikita sempat mempersoalkan, di mana kerajaan nak meletakkan kesemua pelarian Palestin itu nanti? Dia sempat berseloroh untuk meletakkan pelarian yang kacak di rumahnya.
“Kalau betul mereka dibawa masuk, mahu letak mereka di mana? Di Kota Senayan? Bolehlah letak seorang di rumah saya, namun pastikan yang kacak.”
Sebagai tambahan, Nikita Mirzani antara artis yang kerap menggunakan platform media sosialnya untuk memberikan kesedaran dan sokongan kepada Palestin dan mengecam rejim zionis.
Post IG Nikita Mirzani hari ini.
Using her platform for the right cause.
She stands with Palestine, I have no choice but to stan her. pic.twitter.com/DxUO4GsNAe— XcakrediX (@CakRedi) October 30, 2023