Setiap tahun, nilai pasaran pasukan kebangsaan di Asia Tenggara meningkat ekoran kemasukan pemain baharu khususnya pemain warisan yang beraksi di liga luar negara.
Baru-baru ini, laman Asean Football berkongsi nilai pasaran terkini bagi skuad kebangsaan di Asia Tenggara dimana data mereka menggunakan data dari laman Transfermarkt.
Baca Juga:
- Portimonense Umum Salah Seorang Pemain Mereka Dipanggil Malaysia
- Rob Friend – ‘Pemain Warisan Bukan ‘Solution’, Tetapi Strategi
- Bintang Sabah Calon Pemain Warisan Harimau Malaya
Nilai Pasaran Pasukan Indonesia Paling Tinggi

Pasukan Indonesia menduduki tangga pertama sebagai pasukan paling bernilai di Asean dengan nilai €36.53 Juta ekoran barisan pemain yang dimiliki oleh skuad Garuda terdiri daripada pemain yang beraksi di liga sekitar Eropah.
Bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bahrain dan Australia, skuad Garuda memanggil penjaga gol kacukan Indonesia-Itali iaitu Emil Audero dimana beliau menjadi pemain kedua termahal dengan nilai €5Juta.
Mees Hilgers menjadi pemain paling bernilai bagi pasukan negara jiran itu dengan nilai €9 Juta diikuti Kevin Diks dengan nilai €4.5 Juta.
Skuad kebangsaan Thailand berada di tangga kedua dengan nilai €8.73 Juta dimana Chanathip Songkrasin kekal sebagai pemain paling mahal dengan nilai €1 Juta.

Adik beradik iaitu Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta berada di tangga kedua dimana kedua-dua pemain mempunyai nilai pasaran sebesar €800 Ribu.
Malaysia berada di tangga ketiga sebagai pasukan dengan nilai pasaran tertinggi di Asean dimana skuad Harimau Malaya mempunyai nilai sebesar €7.15 Juta.
Pemain pertahanan Buriram United, Dion Cools menjadi pemain paling bernilai bagi Malaysia dimana beliau mempunyai nilai pasaran sebesar €800 Ribu diikuti Arif Aiman dengan €600 Ribu.
Matthew Davies di tangga ketiga dengan nilai €400 Ribu diikuti penjaga gol iaitu Syihan Hazmi dengan nilai €325 Ribu.
💰 ASEAN National Team Market Values – March 2025 (FIFA Day)
According to Transfermarkt, Indonesia 🇮🇩 holds the highest market value among ASEAN teams at €36.53 million, nearly equal to the combined value of the remaining 10 teams! 🤯#ASEANFootball #FIFA #Transfermarkt pic.twitter.com/jEkL002jov
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 18, 2025
Nilai yang dimiliki oleh pasukan di atas akan berubah bergantung kepada barisan pemain yang dipanggil setiap kali ada tugasan di peringkat antarabangsa.
Pasukan lain dilihat sukar untuk memberi saingan kepada Indonesia dan pasukan itu dijangka terus meningkatkan nilai pasaran pasukan dengan membawa masuk lebih ramai pemain warisan dari Eropah.