Sudah menjadi kriteria utama kebanyakan pengguna memilih komputer riba yang nipis dan kompak setiap kali mahu mendapatkannya bagi tujuan pekerjaan mahupun produktiviti.

Malah, perkara ini menjadi antara keperluan khususnya khsususnya buat mereka yang menjalankan bisnes di mana melakukan tugas tanpa mengira lokasi sudah menjadi kebiasaan utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengulas mengenai melakukan tugasan tanpa mengira lokasi, pastinya seseorang pengguna memerlukan sesebuah komputer riba yang versatil dan juga penuh dengan gaya. Hal ini secara tidak langsung bakal memberi keyakinan kepada penggunanya disamping dapat meningkatan produktiviti menerusi spesifikasi yang ditawarkan.

Saiz yang kompak serta mudah dibawa

Antara keunikan utama serta membuatkan ASUS ExpertBook B5 menjadi pilihan adalah saiznya yang nipis dan ringan. Model ini sekadar hadir dengan berat serendah 1.1kg dan mempunyai ketebalan sekadar 16.9mm sahaja.

Selain itu, model ini turut dihasilkan menerusi penggunaan material magnesium alloy yang membuatkan model ini tahan lasak dan tampil premium. Hal ini antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan berikutan saiz dan beratnya yang mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Dilengkapi spesifikasi yang hebat

Berbincang mengenai spesifikasi, ASUS ExpertBook B5 berjaya menawarkan apa yang dimahukan sejumlah besar pengguna khususnya pembangun bisnes. Model ini hadir dengan pengguna processor Intel generasi ke-12 beserta Intel Iris Xe. Dari segi skrin, ASUS ExpertBook B5 ditawarkan dengan hadir dengan saiz skrin 13.3-inci FHD dengan panel IPS  dengan kecerahan sehingga 300 nits.

Selain itu, model ini turut menyokong WiFi 6 dalam menawarkan sokongan internet pantas. Penawaran sehingga dua slot PCIe membolehkan model ini menyokong dua SSD dengan kapasiti 1TB sekaligus membolehkan pengguuna memuatkan sehingga 2TB ruang storan.

Sokongan pengecasan pantas

Mengulas mengenai peranti yang kerap digunakan secara on the go, sudah pastinya ketahanan bateri antara yang menjadi isu utama. Selain itu, sokongan pengecasan pantas antara yang didambakan dalam memudahkan pengguna.

Menerusi model ASUS ExpertBook B5, pengguna berpeluang menikmati pengecasan pantas daripada 0% sehingga 60% dalam tempoh serendah 40 minit sahaja.

Bukan itu sahaja, pengguna bakal menikmati pengguna sehingga 11 jam untuk satu pengecasan penuh. Pastinya tiada lagi isu melibatkan ketahanan bateri dan pengecasan pantas menerusi model ini.

Harga

Mengulas dari segi harga, ASUS ExpertBook B5 sedia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM4,799. Hanya satu warna premium ditawarkan bagi model ini iaitu warna Star Black. Sememangnya sebuah harga yang kompetitif melihatkan kepada pakej lengkap yang ditawarkan pada ASUS pada kali ini.

Pembelian ASUS ExpertBook B5 bakal turut ditawarkan bersama servis ON-SITE selama 3 tahun, waranti bateri selama 3 tahun dan juga perlindungan kerosakan akibat kemalangan selama setahun.

Para pengguna berpeluang mendapatkan ASUS ExpertBook B5 secara rasmi menerusi Lazada dan juga Shopee. Selain itu, anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai model serba berbaloi ini dengan layari laman rasmi ASUS.