Hadir sebagai model sedan segmen B dengan harga terendah berbanding pesaing lain dari Jepun antara yang membuatkan Nissan Almera popular di kalangan pengguna di Malaysia. Kredibiliti yang ada pada jenamanya juga antara faktor yang membuatkan model ini menjadi pilihan pengguna.

Di sebalik jumlah penjualan unit yang agak tinggi di Malaysia, model ini nampaknya tidak lari daripada menjadi bahan ejekan sesetengah netizen berdasarkan rekaan yang ditampilkan.

Walau bagaimanapun, segala kecaman yang diterima berjaya dibalas Nissan melalui generasi terbaru Nissan yang tampil dengan rekaan yang lebih moden dan elegen.

Nissan Almera 2020 Body Kit
Sumber: Facebook Ter Studio
2020-Nissan-Almera-Drive68-by-Ter-studio-2-850×445
Sumber: Facebook Ter Studio
2020-Nissan-Almera-Drive68-by-Ter-studio-3-850×566
Sumber: Facebook Ter Studio

Kehadiran generasi terbaru Almera pada kali ini turut membuatkan orang ramai teruja apabila digandingkan bersama body kit Drive 68 yang jelas membuatkan model ini kelihatan sporty sekaligus memenuhi cita rasa anak muda untuk memilikinya. Menariknya, body kit yang ditawarkan oleh Ter Studio di Thailand ini sedia untuk dipasang dengan harga sekitar 16,500 baht (RM2,190).

Menurut Tan Chong Motor, Nissan Almera generasi terbaru bakal dilancarkan seawal tahun hadapan buat pasaran Malaysia. Model ini nampaknya bakal menjadi saingan hebat kepada jenama Honda yang turut melancarkan City generasi terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Ketahui lebih lanjut mengenai pencabar Nissan Almera iaitu Honda City 2020 yang turut disertakan dengan enjin 1.0 liter turbo.

Honda City 2020 Dilancarkan Di Thailand Dengan Enjin 1.0 Liter Turbo

Honda Malaysia Umum Peningkatan Harga Model City, Jazz Dan CRV Sehingga RM12,700