Nissan batal gabung dengan Honda dalam rancangan kerjasama bernilai lebih daripada AS$60 bilion ini sepatutnya melahirkan pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia, lapor The Edge.
Namun, perbezaan pandangan dan visi antara kedua-dua gergasi automotif ini menyebabkan rancangan tersebut terbantut.

Kenapa Nissan Batal Gabung Dengan Honda?
Menurut sumber dalaman, perbincangan antara Nissan dan Honda menemui jalan buntu akibat perbezaan visi yang semakin ketara.
Honda dikatakan ingin menjadikan Nissan sebagai anak syarikat, satu senario yang tidak selari dengan konsep asal gabungan kerjasama antara dua pihak.
Akibat laporan ini, saham Nissan merosot lebih daripada 4% di Bursa Saham Tokyo, manakala saham Honda melonjak lebih daripada 8%.
Disebabkan itu, difahamkan bahawa Nissan batal gabung dengan honda.
Nissan dalam Pemulihan Bisnes
Keputusan membatalkan gabungan ini menambah tekanan kepada Nissan, yang sedang berusaha melaksanakan rancangan pemulihan.
Syarikat ini telah mengumumkan pemotongan 9,000 pekerja dan pengurangan kapasiti pengeluaran global sebanyak 20% untuk menangani krisis yang masih berterusan.
Sementara itu, Honda, dengan nilai pasaran sekitar ¥7.92 trilion (AS$51.9 bilion), jauh lebih besar berbanding Nissan yang hanya bernilai ¥1.44 trilion, mula mempersoalkan keberkesanan strategi pemulihan Nissan.
Cabaran Kenderaan Elektrik
Nissan juga menghadapi cabaran besar dalam peralihan kepada kenderaan elektrik (EV).
Syarikat ini masih belum pulih sepenuhnya daripada krisis yang berlarutan sejak penangkapan dan pemecatan bekas pengerusi Carlos Ghosn pada 2018.
Christopher Richter, penganalisis automotif dari CLSA, menyatakan bahawa isu kawalan kepimpinan menjadi faktor utama kegagalan ini.
“Tanpa kawalan penuh, Honda nampaknya lebih memilih untuk menarik diri,” katanya.
Kesan lain
Mitsubishi Motors, rakan kecil dalam aliansi Nissan-Renault, sebelum ini mempertimbangkan untuk menyertai gabungan ini.
Namun, menurut sumber Reuters, Mitsubishi kemungkinan besar akan membatalkan penglibatannya.
Sementara itu, Nissan dan Honda telah mengumumkan bahawa laporan mengenai pembatalan gabungan ini bukan berdasarkan kenyataan rasmi dari syarikat.
Kedua-dua pihak merancang untuk mengumumkan keputusan akhir mereka pada pertengahan Februari.