Tahukah anda pada saban tahun negara kita telah menghasilkan berjuta-juta tan sisa elektronik yang boleh menjejaskan alam sekitar? Oleh sebab itu, ramai pengguna hari ini lebih selesa mendapatkan peranti yang lebih mesra alam untuk kelestarian sejagat.

Nokia selaku jenama yang dipercayai sejak sekian lama kini sedia menawarkan sebuah telefon pintar mampu milik yang menfokuskan aspek mesra alam dan lebih tahan lama buat pertama kalinya di dalam pasaran. Kami berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan Nokia X30 sebagai daily driver.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

Dari segi rekaan, model ini bukan sahaja kompak malahan berjaya membawakan sentuhan premium dengan menggunakan bahan kitar semula sepenuhnya pada binaan peranti.

Malah, ketahanan telefon pintar ini pun layak dipuji kerana dilengkapi Corning Gorilla Glass Victus yang tahan lasak dan juga mempunyai ciri kalis air padanya. Di samping itu, Nokia X30 juga sedap dipegang sewaktu digunakan dalam seharian.

Sumber Gambar; The Vocket

Skrin paparan bersaiz 6.43-inci dengan resolusi AMOLED FHD+ dapat memaparkan sebarang konten dengan jelas dan vibran. Setakat untuk kegunaan kasual seperti membuat tugasan ringkas, menyunting gambar atau menonton video sememangnya cukup mantap.

Model ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 695 yang berkemampuan untuk mengendalikan pelbagai aplikasi dan boleh juga untuk tujuan gaming. Anda boleh sahaja melakukan sejumlah tugasan menerusi beberapa aplikasi berlainan dengan lancar padanya.

Sumber Gambar: The Vocket

Dari segi jangka hayat bateri dalam penggunaan seharian, anda boleh mengharungi sepanjang hari dengan yakin kerana pengurusan bateri yang efisien ditambah pula sistem operasi Android 12 yang lebih minimalis sekaligus menjimatkan bateri.

Bateri sebesar 4,200mAh ini juga menyokong pengecasan pantas 33W yang sudah pasti sangat berguna buat mereka yang sibuk di dalam kehidupan seharian sekaligus memerlukan peranti yang dicas penuh dalam masa yang singkat.

Nokia X30 juga dilengkapi sokongan rangkaian 5G yang mana sudah menjadi standard pengguna pada hari ini. Anda selaku pengguna, boleh sahaja menggunakan peranti ini dalam jangka masa panjang kerana mempunyai sokongan rangkaian 5G terkini serta NFC dan eSim.

Sumber Gambar: The Vocket

Sekiranya anda seorang yang gemar akan fotografi, telefon ini juga mempunyai kebolehan menangkap gambar atau merakam video yang baik kerana adanya lensa utama 50MP PureView bersama sistem penstabilan imej OIS. Hasil gambar yang ditawarkan juga agak bagus walaupun di dalam keadaan gelap.

Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket
Sumber Gambar: The Vocket

Anda boleh lihat sendiri hasil gambar menerusi kamera Nokia X30 tanpa sebarang suntingan di atas. Menariknya, hasil gambar tetap jelas dan tajam walaupun dengan sumber cahaya yang terhad.

Dengan menfokuskan kepada penggunaan dalam jangka masa panjang, peranti ini telah dijamin dengan sokongan kemas kini sekuriti dan juga sistem operasi selama tiga tahun.

Kemas kini perisian ini pula diberikan pada setiap bulan untuk peranti berkenaan. Jadi, segala data sensitif anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat pada setiap masa.

Konklusinya, Nokia X30 merupakan sebuah pakej lengkap dengan ciri future-proof  serta mempunyai binaan kukuh untuk kegunaan tempoh masa panjang. Dalam masa yang sama, kita dapat memastikan sisa buangan elektronik berada pada tahap yang terkawal.

Buat anda berminat dengan Nokia X30 5G, kini boleh dapatkan pada harga RM2,099 menerusi dalam talian ataupun di kedai pengedar rasmi di Malaysia.