Pemain tengah import pasukan Selangor, Noor Al-Rawabdeh sudah tidak sabar untuk kembali beraksi bersama skuad Gergasi Merah.
Noor terpaksa berehat panjang selepas beliau disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligaments (ACL) selepas perlawanan Liga Super menentang PDRM FC pada minggu lalu.
Baca Juga:
- Noor Al-Rawabdeh Alami Kecederaan Lutut, Bakal Terlepas Aksi Musim Ini
- ACL 2: Info Siaran Langsung Selangor vs Jeonbuk Hyundai Motors (Live Streaming)
- ACL 2 2024/25: Selangor Menang 2-1, Calarkan Rekod Bersih Jeonbuk
Pemain kelahiran Jordan itu hadir ke Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) bagi memberikan sokongan terhadap pasukannya yang turun menentang kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motor dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2.
Ketika ditemu bual selepas perlawanan, Noor Al-Rawabdeh berharap beliau tidak perlu berehat selama 9 bulan dan akan berusaha untuk segera pulih.
🗣️ 'Ini semua ketentuan Tuhan & saya terima. Saya berharap proses pemulihan kecederaan ACL ini tidak ambil masa selama 9 bulan…' – Noor Al Rawabdeh, Pemain Tengah Selangor @ASTROARENA pic.twitter.com/ZfcyRiVWiA
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 23, 2024
“Ini ketentuan Allah SWT dan In Sha Allah saya boleh menerimanya. Saya harap bukan sembilan bulan (berehat). Saya harap lebih cepat daripada itu.
“Saya akan cuba sedaya upaya dan berjanji untuk kembali beraksi kurang daripada sembilan bulan,” katanya menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Dalam perlawanan tersebut, Selangor berjaya menewaskan Jeonbuk dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan Harith Haiqal dan Ali Olwan pada separuh masa pertama.
Selangor sudah kehilangan khidmat dua pemain tengah import iaitu Noor dan Alexander Agyarkwa Ameyaw kerana kecederaan.
Alex mengalami kecederaan lutut ketika aksi final Piala FA musim ini bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil yang mana pemain kelahiran Ghana itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa pertama ekoran menjadi mangsa terjahan keras pemain lawan.
Ketiadaan Alex memberi kesan mendalam kepada skuad Gergasi Merah dimana mereka tewas dengan keputusan 6-1 dalam perlawanan itu.
Ketiadaan Noor dan Alex memberi peluang kepada beberapa pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan dimana pemain seperti Nikola Jambor dan Syahir Bashah akan bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.
Nidzam juga mempunyai pilihan dimana beliau boleh menurunkan Harith Haiqal atau Safuwan di bahagian tengah sekiranya diperlukan.