Nor Hidayah tidak pernah berniat jahat ke atas Ali Puteh malah dia mendoakan pelawak itu agar terus sukses dalam bidang yang dia ceburi.

Ali Puteh sebelum ini kerap meroyan di media sosial kerana ramai netizen menurutnya sentiasa bermulut puaka mahu dia melingkup dalam perniagaan.

Baca Juga:

Namun berbeza pula dengan bekas kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali yang mendoakan agar Ali terus berjaya dalam perniagaannya.

Sambil berharap agar Ali Puteh segera melangsaikan hutangnya yang tertunggak dengan Hidayah.

Menurut Hidayah dia cuma memperjuangkan hak anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey, yang merupakan anak hasil perkahwinannya dengan arwah suaminya  Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam.

Dipetik daripada Mstar Online, Nor Hidayah menafikan dia bermusuh dengan bekas adik iparnya itu. Dia malah mendoakan agar Ali Puteh agar terus berjaya dalam perniagaan sambil menambah:

“Kalau boleh, biarlah hubungan keluarga kami berbaik semula. Kepada adik ipar, Ali, saya dokan agar perniagaan dia semakin berjaya.”

“Bila dah berjaya, maka bayar sahaja hutang saya, kerana saya tidak mahu kes ini berpanjangan.”

Oleh kerana mahu menjaga hubungan kekeluargaan, maka Hidayah masih bersabar dan tidak merancang mengambil tindakan lanjut ke atas Ali yang masih culas membayar hutangnya.

Hutang itu merupakan saman yang berjaya dituntut Hidayah daripada Ali pada tahun 2020 yang dilaporkan bernilai sekitar RM76,000.

Sudah Lama Bersabar, Hidayah Gesa Ali Puteh Segera Bayar Hutang Tertunggak Berjumlah RM76,000

“Kami tak tahu kemampuan kewangannya. Kami sebenarnya tidak mahu terlalu agresif kerana dia masih bapa saudara kepada Hamzah.”

“Tetapi sekurang kurangnya dia tunjukkan usaha untuk cuba membayar, kerana wang yang dibayar itu juga untuk anak saudara dia sendiri.”

Namun Hidayah mengakui itu bukan bermakna dia tidak akan mengambil tindakan perundangan di masa hadapan jika Ali terus tidak bertindak.