Selebriti veteran, Norish Karman mendedahkan bahawa, dia akan membeli MPV berharga RM150,000 jika dia ada RM200,000.
Norish Karman sebelum ini mengeluh hidup dalam kesempitan dan pernah tidur dalam kereta kerana elektrik dipotong.
Norish Karman juga bergelut dengan masalah kesihatannya. Ia adalah antara cabaran Norish Karman sebagai seorang ibu tunggal.
Kepayahan hidupnya menarik perhatian Datuk Alif Syukri yang bertanya, apa yang dia akan lakukan jika diberikan RM200,000?
Alif Syukri yang dikenali dengan sikap pemurah dan selalu membantu mereka yang memerlukan kelihatan ingin tahu apakah yang akan dilakukan Norish Karman dengan wang RM200,000 jika diberikan kepadanya?
Norish Karman berkata: “Saya akan beli kereta baharu. Baki daripada wang itu baru saya akan bayar hutang sikit sikit dahulu.
“Tidak perlu bayar hutang banyak-banyak sebab, kalau harga MPV itu RM150 ribu bakinya cuma RM50 ribu sahaja untuk saya bayar rumah, hutang dan perbelanjaan anak.
Menurut Norish Karman, kereta MPV adalah satu keperluan untuk mereka sekeluarga, termasuk boleh dijadikan tempat tidur mereka sekeluarga sekiranya elektrik mereka dipotong lagi.
Norish berkata: “Kereta itu ada essential. Boleh hantar anak pergi sekolah. Kalau elektrik kena potong boleh tidur dalam kereta.
“Bagi kami sekeluarga kereta tu sangat penting.”
Datuk Aliff Syukri baru tanya Norish Karman apa yang dia akan buat kalau dapat RM200k.
First terus nak tukar kereta harga RM150k MPV katanya. Boleh je beli second around RM50-60k MPV i guess and duit lebihan buat bayar hutang or apa 🤔 pic.twitter.com/gic8NW3uys
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 18, 2026