Semalam tular gambar-gambar menunjukkan ketiadaan nozel pam RON95 di beberapa pam minyak.
Perkara itu membuatkan netizen mengeluarkan beberapa andaian seperti kehabisan bekalan minyak dan bagi mengelakkan kereta bernombor pendaftaran Singapura menggunakan RON95.
Baca Juga:
- Wanita Tempatan Batalkan Isi RON95, Sangka Skim Budi95 Tawar Petrol ‘Free’

- ‘SG Road Vigilante’ Kembali Buat Hal, Isi Minyak Kereta Dengan RON95

- ‘Harga RON95 Bakal Turun RM1.99 Seliter Hanya Untuk Rakyat Malaysia’ – Anwar Ibrahim


Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor menafikan dakwaan andaian tersebut.
Memetik Berita Harian, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata tindakan itu dilakukan susulan kebocoran pada tangki utama bawah tanah.

“Menerusi percakapan dengan pengurus stesen memaklumkan ada nozel RON95 dicabut disebabkan berlaku kebocoran pada tangki utama bawah tanah.
“Lapan nozzle tiada di pam (telah dicabut) iaitu pam 3, 4, 7, 8, 11, 12, 13 dan 14. Laporan berhubung isu ini juga telah dikemukakan kepada KPDN Putrajaya pada Julai lalu,” katanya dihubungi di sini, hari ini.
Tambah beliau, langkah mencabut nozel itu bertujuan mengelakkan kekeliruan pelanggan.
“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ada lagi lapan pam lain iaitu nombor 1, 2, 5, 6, 9, 10, 15 dan 16 masih beroperasi seperti biasa dan penjualan RON95 diteruskan,” katanya.