Negeri Sembilan FC (NSFC) mengesahkan penyerang import mereka, Mika Junco telah menjadi mangsa ragut ketika sedang berjalan di ibu kota semalam.
Menurut kenyataan rasmi NSFC, kejadian tersebut berlaku ketika Mika berseorangan dan turut menyebabkan dia kehilangan rantai emas.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
“Insiden ini telah mengakibatkan kerugian harta benda kepada Mika namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.
“Negeri Sembilan FC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” kata NSFC dalam kenyataan rasmi.
Kenyataan Kelab
Pihak kelab ingin mengesahkan bahawa pemain import, Mika, telah menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur malam semalam.
Beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat. pic.twitter.com/anOEBEhAL3
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 30, 2024
Insiden malang itu dikongsi pemain terbabit menerusi laman instagramnya. Mika juga berkongsi gambar yang menunjukkan kecederaan ringan di bahagian lehernya.
“Mereka meragut rantai emas saya di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan menunggang motosikal. Semuanya selamat. Saya harap ada individu yang mula menghentikan perkara ini,” katanya.
Kejadian jenayah membabitkan pemain bola sepak di Malaysia boleh dikatakan agak kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Antara yang menjadi mangsa adalah tonggak Selangor FC iaitu Faisal Halim yang disimbah asid, kes samun membabitkan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashif serta kes pecah rumah milik pemain pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee.
Turut tidak ketinggalan ialah kejadian pecah cermin kereta milik pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim oleh dua individu yang tidak dikenali.