Untuk suku tahun pertama 2023, Shiraz Projects Sdn Bhd dengan bangganya membawakan kepada khalayak sebuah festival Nusa Fest yang bakal menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi pada 4 & 5 Februari 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 2 petang di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Festival yang tergendala hampir 2 tahun disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini akan kembali dengan lebih meriah dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CllMOg2Lwo4/

Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.

Festival ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo hebat tiga negara. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival.

Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat. Untuk menambahkan debar di hati para peminat konsert khususnya, nama-nama ini akan diumumkan kelak fasa demi fasa.

https://www.instagram.com/p/ClyQcoyBrp7/

Untuk pengetahuan anda, tike Pre Sale berharga RM200 sudah habis dijual. Tiket Early Bird berharga RM300 pula akan dijual pada 6 Disember hingga 9 Disember.

Tiket  Bundle of 4 dijual pada harga RM1200 pada 9 Disember dan Normal Ticket pada 9 Disember dengan harga RM350 untuk dua hari persembahan. Bagi anda yang mahu mendapatkan tiket boleh layari laman sesawang ini www.myticket.asia.