Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bhd kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Festival yang pernah tergendala disebakan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama vang seialur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH, WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival in nanti. Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka. Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.

Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berialan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tear dan setia. Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di sat festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang dinginkan. Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.

Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke hari persembahan.

Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas bersebelahan dengan pementasan tapa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Wrong Nusa (semanya tentang makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).

Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang diĀ www.myticket.asia.