Seorang pemandu Mercedes Benz yang dikehendaki selepas didapati memandu secara berbahaya di Jalan Sri Bengkal-Parit Yaani telah ditahan dalam masa kurang 24 jam.
Memetik Berita Harian, suspek lelaki warga emas berusia 65 tahun itu ditahan di kawasan Taman Cemerlang oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat.
Baca Juga:
- ‘Kalau Jadi Duta Dapat Ratusan Ribu, Saya Dah Keluar Mercedes Baharu’ – Ziana Zain
- Ferrari, Mercedes, Toyota Alphard Kena Simbah ‘Cecair Putih’
- Naik Mercedes AMG, Curi Hilux
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata lelaki terbabit ditahan pada jam 4.10 petang semalam.
“Siasatan awal polis kejadian berlaku pada jam 8.19 pagi semalam, ketika lelaki itu dalam perjalanan dari Parit Yaani menghala ke Sri Medan.
“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada dadah selain tidak memiliki rekod lampau.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.
Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.