Jika anda sering terkeliru dengan kunci yang ada dalam poket atau beg anda, jenama Off-White™ sedia membantu anda.

Off-White™ baharu sahaja menjual rantai kunci dengan 6 label berlainan yang diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi. Pada setiap keyring, tertulis perkataan bagi melabelkan kunci yang ada pada anda seperti “HOME,” “GARAGE,” “MAILBOX,” “BIKE,” “CAR” dan “OFFICE.”

Keychain 1

Rantai kunci utama pula tertulis perkataan “OFF-WHITE c/o VIRGIL ABLOH™” serta “RELEASE” pada bahagian terbuka rantai kunci ini. Ianya sudah boleh dibeli di laman The Webster pada harga ‘hanya’ USD315 (~RM1,300).

Beli rantai kunci ini dan sangkut pada seluar anda. Memang bergaya disamping anda tidak keliru lagi dengan gugusan kunci yang anda bawa keluar setiap hari.