Seorang jurugambar jalanan berkongsi pengalamannya diganggu oleh seorang budak Rohingya semasa dia berada di satu lokasi ibu kota negara baru-baru ini.

Menerusi hantaran TikTok @itsbrandonut, ketika dia berada di kawasan Bukit Bintang, dia disapa oleh seorang budak Rohingya.

Baca Juga:

Budak itu bertanya kepadanya kenapa menangkap gambarnya. Kemudian dia berkeras mahu melihat kamera jurugambar jalanan tersebut.

Bagaimanapun lelaki itu menjelaskan dia tidak mengambil gambar budak tersebut. Namun budak tersebut tidak berpuas hati dan mengekorinya.

@itsbrandonut

solo photowalk struggles… foryou fyp beginner photography videography cinematography streetphotography photoshoot portrait streetportrait creativeportrait wideangle fisheye camera sony zve10 malaysia travel film photographer cinematic explore discover heckle heckler

♬ original sound – brandon – brandon

Rimas diganggu, jurugambar tersebut memintanya berhenti mengikutnya atau dia akan memanggil polis.

“Okay, panggilah polis,” kata budak Rohingya yang langsung tidak berasa takut.

Insiden itu diperhatikan oleh dua pemuda yang juga jurugambar jalanan kebetulan berada di situ.

Mereka meminta @itsbrandonut untuk memberi sebarang respon kepada budak Rohingya berkenaan, jika tidak dia akan terus mengganggu.

Semasa ketiga-tiganya bersembang sesama mereka, budak Rohingya itu masih mendekati @itsbrandonut dan terus mengganggunya.

Hantaran video itu mendapat lebih 2 juta kali tontonan di TikTok.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, ada yang pernah berhadapan dengan budak Rohingya itu.

“Budak yang sama meludah pada tingkap kereta saya dan mengetuk pintu kereta kuat-kuat semasa sayatengah tunggu lampu isyarat, sebab saya abaikan dia. Saya turun, lempang dia. Dia menangis tengah-tengah jalan masa trafik tengah sesak.”

“Mereka suka ugut orang dan paksa bagi duit. Ada juga yang cuma nak duit kertas nilai besar, macam RM10 ke atas saja baru mereka terima,”

“Saya ingat budak itu. Awal-awal dah minta duit dengan saya. Bila saya cakap tak nak bagi, dia nampak saya tengah pegang telefon, kamera on, terus dia tanya, “Kenapa ambik gambar?” Saya pun jawab, “Awak nak tengok polis imigresen ke?” Terus dia gerak macam itu saja,” kata netizen yang pernah berjumpa dengannya.

Dalam pada itu, ramai menyuarakan kebimbangan terhadap kebiadapan budak Rohingya tersebut.

“Tahap kesabaran saya dengan video ini memang lain macam.
Kalau budak sekecil itu pun dah boleh tunjuk perangai yang mengganggu dan berani macam itu, bayangkanlah apa dia mampu buat bila dah besar nanti — lagi-lagi kalau cara berfikir itu tak dibentuk dari awal. Pihak berkuasa yang berkaitan patut ambil tindakan awal-awal lagi,” luah seorang netizen.