Pengasas kumpulan Old Money di Malaysia, Andika Putera telah membuat perjumpaan atau mesyuarat pertama mereka baru baru ini.

Ternyata setiap ahli benar benar teruja dengan persatuan tersebut.

Dalam video yang dimuatnaik, Andika Putera mengesahkan bahawa setiap ahli akan dikenakan yuran keahlian seumur hidup hanya berjumlah RM249 sahaja.

Ahli yang membayar yuran itu akan mendapat banyak manfaat daripada Old Money Malaysia. Ini termasuk baju kolar one piece yang dianggap sangat unik.

“One piece collar ini sangat unik, kerana ianya tiada dalam Malaysia,” tegas Andika Putera.

Seterusnya ahli yang mahu menjual produk mereka akan secara automatik bernaung di bawah program affiliate tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar namun boleh meraih untung yang banyak menerusi program yang mereka telah sediakan.

Segala urusan pemasaran akan dibuat oleh ibu pejabat Old Money Malaysia yang akan memberikan viral yang luar biasa di media sosial.

Seterusnya, untuk konten media sosial dan skrip juga akan disediakan pihak atasan termasuk skrip ketika live streaming terutama sekali Andika Putera sendiri yang akan terlibat membantu.

Selain itu, setiap ahli akan menikmati sesi perjumpaan dan juga ‘coaching’ untuk bisnes mereka yang akan diadakan di beberapa buah tempat.

@oldmoneyclub.my

Kita akan open untuk OLD MONEY CLUB MY CIRCLE tak lama lagi šŸ”„ Siapa suka bergaya Old Money sambil buat Real Money, boleh join our OLD MONEY CLUB MY CIRCLE āšœļø #bergayasampaikaya #oldmoneyclubmy #oldmoney #menswear #business

♬ Pop beat BGM / long version(1283324) – nightbird_bgm

Old Money Malaysia sebelum ini meraih perhatian netizen. Ada juga yang menganggap Andika Putera tersilap konteks dalam isu berkaitan Old Money.