Nama Akmal Old Money kian melonjak naik selepas dirinya telah ditemu ramah oleh sejumlah media massa dan sentiasa menjadi sebutan di media sosial.
Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas kelab Old Money iaitu Andika Putera menjadi perhatian ramai apabila dia telah memarahi akmal.

Menerusi video tersebut, Andika telah menegur Akmal berkenaan alangkah rugi bila popularitinya tidak dapat mendatangkan hasil wang atau jualan.
Dalam pada itu, dia turut menasihati Akmal untuk terus konsisten memuat naik konten tentang profesionnya dalam meraih jualan yang diharapkan dalam dunia hartanah.
“Saya nak Akmal kaya tak bohong. Tarik ramai crowd daripada baru dapat satu lead. Kalau Akmal nak tunggu lead datang sampai abang jamil mamp*s pun tak datang-datang,” katanya kepada anak didiknya itu.
Dalam pada itu, Akmal mendakwa sewaan rumah tidak menerima sambutan dan sukar mencari klien bagaimanapun dibidas oleh Andika kerana menganggap ia sebagai alasan semata-mata.
Dia turut beberapa kali menekankan jika kalau populariti atau viral tidak menjamin akan membawa duit kepada seseorang. Katanya lagi, seseorang perlu menambah ilmu dan teknik agar boleh mengasah lagi pelaksanaan dalam mendapatkan jualan yang diinginkan.
Raut wajah Akmal kelihatan agak kecewa dan sedih selepas diceramahi oleh mentornya itu.
@andikaputeraa @Akmal_OldMoney KENA MARAH!! Socmed ni satu tempat yang ada banyak gila peluang besar. Tengok je berapa ramai yang dah berjaya dengan socmed. Itu yang Dika selalu tegaskan dalam komuniti VIP Old Money. Peluang mudah datang bila awarness dah makin meluas. Tapi disebabkan mindset yang sentiasa takut, sentiasa rasa satu benda tu susah. Perkara yang sebenarnya possible jadi impossible. So, ubah mindset. Jangan letak limitation dalam otak. Tukar yang jadi tak boleh, jadi boleh🔥 Komen ❤️ kalau nak ubah mindset #limitation #cabaran #peluang #mindset #bergayasampaikaya #viral
Menjengah ruangan komentar, rata-rata netizen meminta Andika untuk tidak memarahi Akmal serta berseloroh terdapat kemungkinan dia bakal keluar dari kelab Old Money dan membuat haluan sendiri selepas ini.
Ada yang juga yang mendakwa mereka hanya mengenali Andika Putera hanya selepas melihat gelagat Akmal di media sosial.