Ramai merebut untuk memperbanyakkan amal kebajikan pada bulan Ramadan. Salah satunya dengan menginfak untuk berbuka puasa.
Baru-baru ini pempengaruh, nama Akmal Old Money mencuri perhatian warganet apabila telah mengambil semua slot infak berbuka di sebuah masjid di Bukit Jelutong.
Baca Juga:
- ‘Tak Guna Popular Saja Tapi Tak Buat Duit’ – Andika Putera Marah Akmal ‘Old Money’
- Suka Sama Suka, Tapak Bazar Ramadan Dijual Semula RM30,000
- Litar Sepang Jadi Bazar Ramadan 2025
Menerusi hantaran Threads @azmir44, dia menemui nama itu pada papan nama penginfak di masjid tersebut.
“Steady Akmal Old Money. Infak berbuka 1 hari terus, 40 slots RM20,000. Respect,” kata @azmir44.

Menurut Threads @azmir44, satu slot tajaan berbuka puasa dan moreh berharga RM500. Satu hari mempunyai 40 slot (RM20,000) dan pihak masjid menyediakan jamuan berbuka dan moreh untuk 1,000 orang.
Difahamkan Akmal merupakan salah satu individu terawal yang mengambil peluang untuk memenuhkan slot tajaan berbuka puasa itu.
Akmal Old Money jadi sumber inspirasi

Ramai memuji Akmal yang dalam diam-diam menginfak tanpa menghebohkan di media sosial walaupun namanya semakin meningkat di kalangan warganet.
Dalam pada itu, selain menginfak untuk berbuka dan moreh, masjid itu juga membuka slot untuk orang ramai menginfak bagi tajaan bubur lambuk, sahur 10 malam terakhir dan sumbangan ahli kariah & seisi rumah.
Bagi tajaan bubur lambuk, 1 hari mempunyai 20 slot yang bernilai RM4000. Sebanyak 500 bungkus diedarkan selepas Solat Asar.
Untuk tajaan sahur 10 malam terakhir, 1 hari mempunyai 20 slot bernilai RM10,000 dan pihak masjid menyediakan 500 orang.
Manakala sumbangan ahli kariah & seisi keluarga sebanyak RM200 untuk satu rumah.