Stadium keramat Old Trafford kini disenarai sebagai kawasan tidak selamat kerana pencemaran tikus, menurut laporan Daily Mail.
Berita ini kurang menyenangkan peminat kerana baru baru ini sidang media Ruben Amorim berlangsung dalam keadaan air menitis daripada bumbung bocor.
Inspektor kesihatan telah menurunkan markah kebersihan makanan di Old Trafford kepada 2 bintang daripada 5 bintang.
Ini selepas tikus turut dijumpai di premis makanan selain daripada berkeliaran di atas padang.
Manchester United kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan stadium mereka daripada haiwan perosak itu.
Laporan pencemaran tikus ini muncul hanya kurang sebulan lalu, di mana ada penyokong menemui bangkai tikus yang membusuk di bawah tempat duduknya ketika menghadiri aksi Liga Europa.
Kemudian inspektor kesihatan menemui tikus di sekitar ruang koporat / VIP dan di premis menjual makanan yang dijual kepada penyokong.
EXCLUSIVE
🐁Old Trafford hit with MICE infestation
❌Food hygiene inspectors find droppings in two places & reduce rating to 2*
🌊Issue thanks to railway line, canal & weather
✒️https://t.co/2wnk6U0exp #mufc— Mike Keegan (@MikeKeegan_DM) December 23, 2024
Man United sudah memberikan penjelasan kepada pihak berkuasa. Menurut mereka masalah itu wujud kerana lokasi Old Trafford yang berada berdekatan dengan terowong terusan air dan juga landasan keretapi.
Ditambah dengan cuaca sejuk pada musim dingin yang menjadi punca utama masalah tersebut.
Laporan daripada kelab juga menyebut bahawa pihak pest controller datang sehingga 5 kali seminggu ke kelab itu, bukti bahawa mereka komited dalam usaha mengatasi masalah tersebut.
Man United berharap masalah ini akan diatasi dalam masa seminggu ini.