Aksi di antara Argentina dan Maghribi benar benar panas dan sarat dengan kontroversi, atau mungkin menjadi salah satu perlawanan paling kontroversi dalam acara bola sepak Sukan Olimpik.

Maghribi berjaya mengejutkan Argentina dalam aksi pembukaan mereka dengan kemenangan 2-1. Namun cerita perlawanan ini lebih dari sekadar kejutan daripada pasukan underdog.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Sebaliknya, ketika Argentina mendapat gol penyamaan minit ke-116 menerusi Medina, penyokong Maghribi membuat kekacauan sebagai protes kepada masa tambahan yang terlalu lama.

Sebelum itu Maghribi mendahului 2-0 selepas 47 minit aksi. Kedua dua gol dijaringkan oleh Soufiane Rahimi. Harus diakui Argentina bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka.

Kemudian Giuliano Simeone menyamakan kedudukan minit ke-68.

Argentina yang bergelut mencari gol penyamaan mendapat gol lewat perlawanan daripada Medina. Namun gol itu tidak dapat diterima peminat Maghribi yang masuk ke padang dan membaling objek ke arah pemain  pemain Argentina.

Atas faktor keselamatan perlawanan dihentikan seketika. Dan penganjur membuat keputusan untuk mengevakuasi penyokong untuk membolehkan perlawanan disambung semula dalam stadium kosong.

Ketika perlawanan disambung semula selepas 2 jam. VAR menyemak semula gol Medina yang dijaringkan lewat masa kecederaan sebelum itu. Dan VAR membatalkan gol itu kerana ofsaid.

Argentina akhirnya kalah dalam aksi pembukaan mereka. Maghribi mencipta kemenangan bersejarah ke atas pasukan pilihan.

Kemenangan ini membolehkan Maghribi mencerahkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.