Noah Lyles secara rasminya menjadi manusia terpantas di dunia apabila memenangi emas acara pecut 100 meter lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Noah Lyle berjaya menepati ramalan untuk merangkul emas dalam acara tersebut yang menjadi perhatian seluruh dunia.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Penamat acara final pada awal pagi tadi waktu Malaysia penuh dengan debaran. Di mana kesemua pelumba memberikan persaingan sengit.

Malah penentuan siapa pemenang emas dan perak juga menjadi antara yang paling sukar dibuat dalam sejarah Olimpik.

Ini selepas Lyles dan pelari Jamaica, Kishane Thompson hanya dibezakan dengan detik sahaja selepas kedua duanya disahkan menamatkan perlumbaan dengan catatan 9.79 saat.

Olimpik 2024: Noah Lyle Adalah Manusia Terpantas Di Dunia Selepas Penamat Cukup Dramatik

Noah Lyles akhirnya disahkan sebagai pemenang, dan menamatkan penantian emas Amerika Syarikat dalam acara tersebut sejak 2004. Ianya kira kira 20 tahun yang lalu. Satu penantian yang sangat lama untuk negara tersebut.

Sebagai rekod, Noah Lyle mencatatkan masa 9.784 saat sementara Thompson dengan 9.789 saat.

Seorang lagi pelari Amerika Syarikat, Fred Kerley menamatkan perlumbaan sebagai pemenang gangsa dengan catatan 9.81 saat.

Lyle berkata kepada wartawan: “Ini adalah apa yang saya benar benar mahukan. Ini adalah pertarungan yang sangat sukar, jumpa lawan lawan yang luar biasa. Semua orang cergas, semua orang mempersiapkan diri untuk bertarung.

“Dan saya pula mahu membuktikan bahawa saya adalah yang terbaik di kalangan mereka. Saya ada serigala di kalangan mereka.