Sejak akhir 2019, dunia telah dikejutkan dengan pandemik COVID-19 yang telah meragut ramai nyawa serta memberi kesan besar kepada para pesakit. Wabak ini dilaporkan telah bermutasi sehingga kini di mana varian Omicron antara yang sedang aktif merebak hampir seluruh dunia.
Terbaharu, varian ini nyata menunjukkan peningkatan kes yang sangat mendadak berbanding varian-varian sebelum ini di mana Amerika Syarikat dilaporkan mengalami peningkatan COVID-19 kes harian tertinggi sepanjang sejarah dengan 525,763 kes.

Sebagai rekod, Amerika Syarikat pada bulan November mempunyai purata kes COVID-19 harian sekitar di bawah 100,000 kes. Lonjakan kes yang berlaku nyata membuatkan orang ramai risau wabak ini mampu merebak lebih pantas daripada yang di sangka.
Pihak CNN turut melaporkan pada 27 Disember lalu lebih 700 penerbangan telah dibatalkan impak daripada kes COVID-19 yang semakin meningkat naik di negara berkenaan.
US airlines canceled more than 700 flights Sunday, the third straight day of mass cancellations and delays as Covid cases hit airline crews and staffhttps://t.co/FuOBNAtS26 pic.twitter.com/X2zsnbisvJ
— CNN Breaking News (@cnnbrk) December 26, 2021
Untuk pengetahuan, Britain dan Australia juga antara yang turut merekodkan kes COVID-19 harian tertinggi sepanjang sejarah pada minggu ini berikutan penyebaran varian yang sama.
Orang ramai diminta untuk mengikut SOP yang ditetapkan serta mengambil langkah penjagaan bagi mengurangkan risiko dijangkiti wabak yang mudah merebak ini.
Sebelum ini, CEO Pfizer memberi bayangan orang ramai mungkin perlu mendapatkan dos keempat vaksin COVID-19.
Kita Mungkin Perlu Ambil Dos Keempat Vaksin COVID-19, Kata CEO Pfizer
Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini
Bermula Sebagai Hobi, Wanita Ini Tidak Sangka Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee