OnePlus pada hari ini melancarkan siri peranti flagship mereka yang dikenali sebagai OnePlus 11 5G. Seperti tradisi biasa, peranti ini dilengkapi dengan teknologi terkini dan paling utama sekali bahagian kameranya yang cukup mantap.

Peranti ini menfokuskan kepada prestasi terbaik secara keseluruhannya bagi keselesaan penggunaan seharian. Pasti ramai ingin mengetahui spesifikasi lengkapnya, boleh meneruskan bacaan artikel di bawah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

OnePlus 11 5G

Sumber Gambar: The Vocket

OnePlus 11 5G hadir dengan skrin 6.7-inci LTPO 3.0 Super Fluid AMOLED dengan resolusi QHD+ yang menyokong refresh rate 120Hz. Peranti ini dijana dengan cip pemprosan terkini iaitu Snapdragon Gen 2 bersama padanan memori sehingga 16GB RAM dengan teknologi AI untuk menguruskan memori dengan efisien dan juga storan dalam 256GB.

Sumber Gambar: The Vocket

Peranti ini turut menyokong pengimbas cap jari bawah skrin yang pantas. Bateri berkapasiti 5,000mAh ini juga menyokong pengecasan pantas 100W. Terdapat ciri menarik lain seperti speaker Dolby Atmos Dual Reality, Bluetooth 5.3, 5G, NFC dan WiFi 7.

Sumber Gambar: The Vocket

Bahagian kamera pula, OnePlus 11 menggunakan konfigurasi 50MP sudut lebar bersama OIS dan EIS kemudian diikuti 48MP sudut ultra-lebar dan 32MP telefoto potret berserta 2x zum optikal. Menariknya, OnePlus sekali lagi bekerjasama dengan Hasselblad untuk teknologi Hasselblad Camera for Mobile.

Sumber Gambar: The Vocket

Rekaan yang dibawakan sangat premium termasuklah skrin melengkung dan juga modul kamera yang unik. Binaan peranti adalah gabungan logam dan kaca Gorilla Glass yang lebih tahan lasak dan kukuh. Terdapat dua pilihan warna yang menarik iaitu Titan Black dan Ethernal Green.

Untuk jualan di Malaysia, harga rasmi yang ditawarkan adalah sekitar RM3,299 dengan spesifikasi 8/256GB bersama pilihan warna hitam dan spesifikasi 16/256GB yang berharga RM3,599 dengan pilihan warna hijau. Buat anda yang membuat pra-tempahan pada 16 Februari hingga 24 Februari akan menerima OnePlus Bud Pro 2 secara percuma, waranti selama setahun dan lain-lain lagi.