Pada ketika ini berlangsungnya acara teknologi terkini yang dinamakan Mobile World Congress 2023 di Fira de Barcelona. Menerusi acara MWC 2023, OnePlus telah membawakan kejutan dengan pengenalan konsep OnePlus 11 Concept buat tatapan umum.

Kini OnePlus nampaknya turut memperlihatkan sebuah lagi aksesori yang cukup menarik yang dinamakan OnePlus 45W Liquid Cooler. Aksesori ini dikatakan mampu menyejukkan sebuah peranti dengan agresif sekali seperti mana sistem penyejuk yang ada di komputer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Stuff

OnePlus 45W Liquid Cooler ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian penyejuk yang mempunyai plat penyejuk yang akan disambungkan kepada bahagian peranti dan satu lagi bahagian yang berbentuk bongkah berfungsi membekalkan kuasa kepada bahagian penyejuk tersebut.

Sumber Gambar: Stuff

Seperti yang tertera pada namanya, penyejuk cecair buatan OnePlus ini boleh mengalirkan sebanyak 45W kuasa yang membenarkan peranti untuk disejukkan sehingga 20°C walaupun apabila menggerakkan permainan mudah alih bergrafik tinggi yang memakan sumber pemprosesan yang banyak.

Sumber Gambar: Stuff

Menurut OnePlus, suhu yang lebih rendah ini bakal menjanjikan peranti lebih mudah dipegang dan boleh memastikan ia beroperasi pada tahap yang optimum setiap masa.  Berdasarkan konsep awal, penyejuk ini juga dikatakan boleh digunakan untuk sebarang sejenis peranti dan akan menyejukkan peranti secara automatik apabila dipasang.

Sama seperti peranti OnePlus 11 Concept, masih tidak diketahui lagi sekiranya OnePlus akan mula menjual sistem penyejukan ini secara meluas atau pun tidak. Bagaimanapun, pasti ramai yang berminat untuk mendapatkan sistem penyejukkan ini memandangkan sangat berguna untuk menjalankan tugasan atau games yang intensif.