Antara kedai serbaneka yang sentiasa menarik perhatian orang ramai terutama anak muda di Malaysia ialah FamilyMart. Sehingga kini FamilyMart yang terkenal dengan menu Oden masih berjaya menarik perhatian ramai dengan pengenalan menu dan perisa baharu termasuk pencuci mulut.

Terbaharu menerusi pengumuman di laman Facebook rasmi FamilyMart Malaysia telah memperkenalkan beberapa menu baharu bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bertemakan konsep “Bestnya Raya”, terdapat 7 menu baharu yang diperkenalkan.

cendol puding

Onigiri otak-otak

Antara menu yang diperkenalkan ialah Onigiri Otak-Otak, OnigiriSate Ayam, Puding Cendol, Linguine Masak Lemak dan beberapa menu menarik yang lain. Selain itu, FamilyMart juga menawarkan barisan promosi menarik termasuk Binggrae Milk berperisa strawberry, melon dan banana dengan hanya RM12.99. Tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan anda untuk mencuba menu baharu tersebut.