OpenSignal kini telah berkongsi laporan terbaru yang membandingkan rangkaian telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan 5G di dunia.

Melalui perbandingan yang dipaparkan, unifi Mobile dilihat mempunyai kadar muat turun purata yang paling laju di dunia. Difahamkan kelajuan muat turun mencapai kadar sekitar 407.4Mbps sehingga 421.7Mbps di dunia.

Artikel Berkaitan:

Sumber Gambar: OpenSignal

Selain unifi, penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Telenor turut menduduki tangga yang sama di dalam kategori tersebut. Menariknya dalam kategori sama juga, Digi turut dilihat mempunyai kadar muat turun purata antara yang tertinggi di dunia.

Dalam pada itu, Yes dan U Mobile turut mempunyai liputan 5G yang luas di dunia . Sementara Digi jadi peneraju utama menawarkan pengalaman permainan video menggunakan 5G yang baik diikuti Celcom dan U Mobile.

Perkara ini dilihat sangat mengujakan kerana pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan boleh tersenarai di tangga teratas carta global. Hal ini disebabkan oleh penggunaan rangkaian tunggal DNB Malaysia pada hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital mendedahkan bahawa rangkaian 5G telah mencapai 70.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 30 September 2023.

Ini menjadi petanda baik buat warga tempatan kerana lebih ramai pengguna boleh memanfaatkan sambungan internet berkelajuan tinggi seiring dengan keperluan semasa.