Semalam tular di media sosial berhubung penemuan satu mayat yang sudah membusuk di dalam sebuah kereta Bezza di kawasan Car Boot Sales Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Menerusi video yang dikongsikan sejak Ahad itu, kelihatan beberapa orang awam yang sedang mengerumuni kereta jenis Perodua Bezza selepas mendapat tahu kewujudan tubuh tidak bernyawa di dalamnya.
Baca Juga:
- Pengaruh Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri, Kenyataan Senator Ini Dikecam Netizen
- Kapsul Bunuh Diri Bakal Digunakan Di Switzerland, Beri Pengguna Pengalaman Mati Yang Tenang
@frshfdzl3 kejadian di car boot sale damansara harini . Semoga dipermudahkan semuanya
Menurut salah seorang pengguna TikTok, orang ramai mula sedar akan bau yang kurang menyenangkan sekitar 11 pagi semalam. Malah, bau tersebut semakin kuat apabila berada dekat dengan kereta terbabit kerana didakwa sudah berusia tiga hingga empat hari.
Sewaktu ditemui, kelihatan mayat seorang lelaki di dalam kereta terbaring yang didakwa mengelembung seperti belon. Orang ramai pula didakwa lambat menjumpai mayat tersebut kerana hujan dari pagi.
Salah seorang pengunjung mendakwa, mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat bunuh diri kerana terdapat sekeping nota berisi mesej dan juga salinan IC yang ditinggalkan di kereta berkenaan.
“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” kata nota tersebut. Namun, identiti dan punca kematian mangsa masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini, pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan mayat berkenaan.