Soalan jenis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diaplikasikan pada murid sekolah rendah untuk melihat keupayaan mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat sesuatu keputusan serta permasalahan.
Bagaimanapun, adakalanya soalan-soalan KBAT yang diberikan kepada murid sekolah rendah terlalu sukar sehingga orang dewasa turut tidak dapat menjawabnya.
Baca Juga:
- Lembab Dan Menyusahkan, 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
- Enggan Beri Laluan ‘Free’ Kepada Motosikal, Pemandu Hilux Dipuji Bertegas Tidak Sentuh Kad TNG
- ‘Dialah Yang Buat Oden, Dialah Semua’ – Family Mart Respons Perkongsian Pekerja Buat Semua Tugas Seorang Diri
Baru-baru ini netizen mempersoalkan salah satu soalan ‘Matematik Pemikiran Lateral’ di dalam salah satu buku latihan tambahan pelajar sekolah rendah.
Saya dapat tahu ini adalah soalan untuk pelajar sekolah rendah. Ada siapa yang tahu jawapan? Saya sendiri pun tak tahu ni. Betul-betul advance silibus pelajar sekolah rendah sekarang. pic.twitter.com/HiSxOmWLuk
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 18, 2023
Dalam soalan itu menceritakan seorang lelaki (Encik Malik) sedang berurusan di sebuah pejabat kerajaan dan bertanyakan mengenai angka dan harganya — angka 1 berharga RM20,000, angka 250 (RM8,000), angka 2500 (RM3,000) dan 2512 cumalah berharga RM300 sahaja.
Jawapannya, situasi yang sedang Encik Malik lalui ketika itu adalah beliau ingin membeli nombor plat kenderaan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Soalan yang ditanyakan dalam buku latihan itu mengundang pelbagai persepsi netizen. Ramai menyatakan jika orang dewasa pun menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan itu, apatahlah murid-murid sekolah rendah.
Kalau betul pun jawapan dia nombor plate, still tak logik buat soalan macam tu untuk sekolah rendah sebab yang dewasa pun bukan semua tahu pasal harga nombor plate 🤷🏻♂️
— K U Y E N (@takmakanpetai) January 18, 2023
Utk org dewasa mungkin mereka tahu Encik Malik nak beli nombor plate kenderaan, tapi budak sekolah rendah? Ajar anak tambah tolak pun dah naik darah😂😂
— bungadurian (@nesz_inseo) January 18, 2023
Nak mewujudkan dan melahirkan pelajar yang mampu berfikiran secara kreatif dan kritis itu bagus. Tapi biarlah kena pada umur dan buatlah secara berperingkat.
— rainshaarawy_ (@rainshaarawy) January 18, 2023
Aku ajukan soalan inj ke bini aku. Dia pun ambil masa fikir jawapan vagi semua soalan tu. Kalau budak apatah lagi. Soalan akhir tu aku pun tak terfikir jawapannya.
— دک اله ٩١٩ 🏴🏴🇲🇾🇵🇸 (@dakIlah919) January 18, 2023
Tambah netizen lagi, memang bagus mahu mewujudkan dan melahirkan pelajar yang mampu berfikiran secara kreatif dan kritis. Namun biarlah kena pada peringkat umur dan buatlah secara berperingkat.
Terdahulu Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, pernah berkongsi pandangan beliau mengenai rungutan segelintir ibu bapa yang menganggap silibus aras tinggi tidak sesuai diterapkan di peringkat berkenaan.
Beliau berpendapat sudah tiba masa untuk Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji keberkesanan KBAT yang diterapkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah rendah.