Netizen terkejut dan tidak berpuas hati selepas mengetahui menu makanan yang disediakan oleh kantin di salah satu sekolah rendah di Lembah Klang.
Menurut perkongsian seorang pengguna di laman X, pengusaha kantin menyediakan makanan yang dianggap tidak memuaskan dan mengenakan harga yang mahal.
Baca Juga:
- Ahmad Khidir Tapau Anugerah Di Sekolah Cina, Kini Jadi Rebutan Universiti
- ‘Merisaukan’ – Netizen Terkejut Dengan Jawapan Ujian Murid Sekolah Rendah
- ‘Bersyukur Masih Ada Pelajar Pandai Di Malaysia’ – Remaja Sekolah Johor ‘Score’ Sejarah 100 Peratus Raih Pujian
Pihak kantin menjual mee goreng biasa dan kuey tiow biasa dengan kuantiti yang amat sedikit dengan harga RM3 kepada pelajar sekolah rendah.
Perkara ini mengundang rasa kurang senang dari netizen yang mana mereka menganggap pihak kantin mengenakan harga mahal untuk kuantiti makanan yang tidak setanding dengan harga.
“Patutnya harga untuk makanan dengan kuantiti seperti itu RM1.50. Satu lagi, kenapa tiada protein? Ya Allah pantangnya kalau aniaya budak-budak macam ni,” tulis seorang netizen di laman X.
Ada juga yang menggesa agar laporam segera dibuat terhadap pengusaha kantin bagi memastikan tindakan diambil kerana perkara tersebut dianggap melampau.
Namun, ada juga netizen yang mempertahankan tindakan pihak kantin yang mana mereka berkata harga barang semakin naik dan kuantiti sebegitu adalah normal, khususnya untuk pelajar sekolah rendah.
Apa yang pasti, pengusaha kantin sekolah perlu memberi menu makanan yang seimbang bagi menyokong pertumbuhan pelajar.