Jepun cukup dikenali sebagai sebuah negara yang didiami oleh rakyatnya yang jujur. Sehinggakan barang yang tercicir, pasti akan dijumpai semula di tempat yang sama.

Bagaimanapun perkara sedemikian tidak berlaku ke atas seorang pelancong wanita dari Malaysia.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian Threads @dyanazri, dia tercicir satu beg beli-belah di kawasan Shibuya, Jepun.

Pada ketika itu dia meletakkan beg itu di atas lantai. Kemudian dia berlalu pergi tanpa menyedarinya tangannya tidak memegang beg itu.

Dia hanya menyedari kehilangan beg itu hanya selepas 5 minit. Apabila dia pergi semula ke kawasan itu, beg tersebut sudah tiada lagi.

“Selama ini ini dengar Jepun kalau tinggal barang tak perlu risau. Mereka (rakyat Jepun) memang tidak akan curi. Setakat ini Jepun memang selamat, tapi sekarang saya rasa tidak lagi,” kata gadis itu.

Menurut warganet yang pernah melancong di Shibuya, tidak mustahil jika barang tercicir terus hilang kerana di kawasan dipenuhi dengan pelancong.

Bagaimanapun netizen memberikan cadangan kepada gadis itu untuk pergi ke kaunter ‘lost & found‘ atau balai polis berhampiran. Ini kerana masih ada harapan sekiranya ada rakyat Jepun yang jujur menghantar beg hilang itu antara kedua-dua tempat tersebut.

Menurut gadis itu dia sudah pun membuat laporan polis dan masih belum mendapat apa-apa berita baik.

Dia juga akan pergi ke kaunter ‘lost & found‘ untuk melihat sekiranya beg beli-belah itu ada di sana.