Rata-rata kita sering mengeluh tentang kos sara hidup yang tinggi, namun adakah kita sanggup berkorban masa dan tenaga seperti mereka?

Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan pendedahan slip gaji seorang pekerja kilang dari Indonesia yang mencecah RM6,000 sebulan.

Dengan berkongsi gambar slip gaji yang lumayan itu sudah cukup meraih pelbagai reaksi dari kalangan netizen tempatan di Malaysia.

Sejumlah komentar telah mempersoalkan bagaimana warga asing mampu meraih pendapatan sedemikian walhal realitinya ramai warga tempatan yang masih ‘kais pagi makan pagi’ pada ketika ini.

Dalam pada itu, angka RM6,000 tampak besar kerana mereka meminimumkan kos sara hidup dengan tinggal di asrama dan tidak mempunyai komitmen hutang kenderaan seperti orang lokal.

Berang dengan komen netizen yang menuduh warga asing memonopoli peluang kerja, pekerja ini tampil dengan jawapan yang cukup ‘makan dalam’.

Dakwanya, warga lokal lebih gemar ‘ambil cuti sakit dan malas untuk membuat kerja lebih masa’ yang langsung tidak melayakkan mereka untuk menerima gaji yang setimpal sepertinya.

‘Orang Lokal Malas OT Dan Kerap Cuti’ - Slip Gaji RM6,000 Jadi Bukti, Ini Respon Pekerja Indonesia Terhadap Komen Iri Hati
Sumber Gambar: TikTok

Bagaimanapun, bahagian angka gaji sebenarnya tidaklah setinggi yang disangkakan, kerana gaji asas sekitar RM1,900 sahaja namun telah dicampur, jumlah OT yang banyak bersama bonus dan insentif menjadikan jumlah keseluruhan lebih besar pada slip gajinya itu.

Disoal adakah dengan bekerja tanpa cuti boleh dapat gaji sedemikian, dia mendedahkan hanya bekerja 12 jam sehari selama 4 hari dan baki  hari lain cuti seperti biasa. Jadi, tidak wujud istilah bekerja tanpa cuti seumpama robot yang didakwa sebahagian netizen.

‘Orang Lokal Malas OT Dan Kerap Cuti’ - Slip Gaji RM6,000 Jadi Bukti, Ini Respon Pekerja Indonesia Terhadap Komen Iri Hati
Sumber Gambar: TikTok

Sementara sebahagian individu tempatan pula meminta orang lain untuk melihat perkongsian tersebut dari sudut positif yang mana usaha tidak pernah mengkhianati hasil dan berubahlah ke arah yang lebih baik.