Malaysia memang cukup kaya dengan pelbagai jenis makanan. Lebih-lebih lagi pelbagai kaum yang hidup harmoni bersama di negara ini.
Baru-baru ini seorang gadis Jepun belajar memasak menu baharu selepas menemui anak ikan jerung dijual di dalam sebuah pasar raya.
Menerusi video dikongsikan TikTok @sora_fula, gadis Jepun itu terkejut dan segera bertanya kepada pekerja apakah masakan dibuat menggunakan ikan tersebut.
Pekerja menjawab ikan itu sedap dimasak lauk berkuah kari, namun ia tidak sedap dibuat ikan bakar.
@sora_fula
Gadis Jepun itu turut bertanya soalan sama kepada juruwang, namun juruwang tersebut kelihatan agak terkejut apabila mengetahui mengenai ikan berkenaan.
Setiba di rumah, gadis Jepun terus memasak kari anak ikan jerung. Dia menyiang ikan itu, memasukkan bahan-bahan masakan ke dalam kuali.
Setelah siap, dia menyuap kari ikan jerung buat pertama kali dalam seumur hidupnya.
“Lembut dalamnnya. Boleh tahan rasanya. Rasa macam ikan biasa,” komen gadis itu.
Melihat pada lebih 2,000 komen yang ditinggal netizen, ramai menegur gadis itu untuk membuang kulit anak ikan jerung itu terlebih dahulu. Ini kerana kulitnya mempunyai tekstur yang keras.
Tambah netizen lagi, selain masak kuah kari, anak ikan jerung itu juga sedap dimakan masak lemak cili padi.
Dalam masa sama, ramai yang turut terkejut kerana tidak tahu anak ikan jerung ada dijual di pasar raya.
Adakah anda pernah rasa masakan anak ikan jerung? Jika pernah cuba kongsikan pengalaman anda di sini.