Kadang-kala ketika memandu, walaupun jalan nampak clear ia tidak bermaksud jalan tersebut ‘selamat’ untuk kita boleh memecut laju lebih-lebih lagi di kawasan selekoh.
Baru-baru ini ada seorang pengguna Facebook telah berkongsi semula satu video rakaman dashcam seorang pengguna jalan raya nyaris berlanggar dengan dua anggota polis.
Namun atas kecekapan pemandu, dia berjaya memperlahankan dan menghentikan kenderaan dengan menekan brek kecemasan bagi mengelak pelanggaran dengan dua orang anggota polis yang berada di hadapannya yang sedang meletakkan kon selepas satu bahagian selekoh jalan flyover.
Setelah menyedari kehadiran kereta tersebut, salah seorang polis tersebut menghampiri pemandu itu dan memaklumkan agar dia memperlahankan kenderaan kerana kawasan jalan tersebut licin ketika waktu itu.
Rata-rata orang ramai kurang bersetuju apabila polis tersebut meletakkan kon selepas daripada bahagian selekoh kerana ramai pengguna jalan raya tidak nampak dan boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pemandu tidak sempat mengawal keadaan.
Pada masa yang sama, orang ramai memuji pemandu kereta tersebut yang memandu pada kelajuan sepatutnya semasa ‘memanjat’ flyover itu dan cekap mengawal situasi bagi mengelakkan pelanggaran berlaku di antara dia dengan anggota polis yang berada di hadapan.
Semoga rakaman video dashcam ini boleh menjadi iktibar kepada orang ramai agar memperlahankan kenderaan semasa melalui kawasan selekoh kerana kita tidak tahu sebarang ‘bahaya’ yang menanti selepas melepasi bahagian selekoh itu nanti.
Seorang pemandu Myvi dimarahi oleh ‘escort’ treler panjang apabila pemandu tersebut cuba memintas kenderaan tersebut. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.
Degil Dan Tidak Sabar, Netizen Setuju Pemandu Myvi Ini Dimarahi ‘Escort’ Treler Panjang
McLaren 720S Hancur Selepas ‘Terbang’ Langgar Pembahagi Jalan