Walaupun kita masih berada di dalam bulan mulia pada ketika ini, masih wujud segelintir individu yang bercakap perkara berbaur lucah tidak kiralah dalam lisan atau pun secara online.
Lebih mengejutkan lagi apabila kini ada netizen dari kalangan wanita seperti tiada perasan malu lagi untuk meninggalkan komen lucah secara terbuka di media sosial.
Baca Juga:
- Terima Mesej Lucah, Wanita Ini Dedah Diganggu Polis ‘Miang’ Di Media Sosial
- Pengguna Facebook Dakwa Lagu ‘Malam Masih Muda’ Ada Unsur Lucah, Maksiat
Baru-baru ini sebuah akaun TikTok @subdepo_arabianpark telah memuat naik satu video yang memperlihatkan sejenis kuda jantan apallosa Arab.
Pemilik tersebut menyatakan hasratnya yang ingin menjual kuda itu sebelum ini.
Namun, ramai pula tertumpu kepada benda lain dan siap meninggalkan komen tidak senonoh di hantaran tersebut.
@subdepo_arabianpark Aisy,Anak kuda apallosa jantan cantik#kudakelantan🐴 #purearabian #kudakelantan #horsebreeds #arbianhorse #fyppppppppppppppppppppppp #kambingmurahmachang #contentcreator #fypシ゚viral #fypシ #kuda #subdepoarabianpark
Lantas, netizen meluahkan rasa hairan mengapa ramai gadis atau wanita selamba meninggalkan komen-komen berbaur lucah menerusi video tersebut.
Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkn pada video:-



Sehubungan itu, rata-rata netizen berharap agar pangguna media sosial meskipun bebas memberi komen agar lebih berhati-hati dalam sebelum meluahkannya kerana setiap komen mampu dibaca oleh orang ramai.