Sebentar tadi, YB Khairy Jamaluddin (KJ) mengumumkan beberapa protokol baharu selepas negara memasuki fasa endemik pada 1 April yang lalu. Antara salah satunya, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan apabila berada di kawasan terbuka.
Orang ramai hanya wajib menggunakan pelitup muka apabila berada di dalam kawasan bangunan tertutup, menaiki pengangkutan awam serta menaiki kenderaan e-hailing. Walaubagaimanapun, pelitup muka boleh ditanggalkan semasa melakukan aktiviti-aktiviti bersenam di gimnasium atau ketika sedang berucap atau sedang melakukan persembahanan.
Tambah YB KJ lagi, protokol pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di kawasan luar bangunan atau terbuka selepas mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.
Kelonggaran SOP COVID-19 mulai 1 Mei 2022 pic.twitter.com/Nj5w54vkwr
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 27, 2022
“Walau bagaimanapun, KKM menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutamanya apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar Ramadan, pasar malam, stadium,” katanya.
Manakala bagi individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema serta individu yang berisiko tinggi pula digalakkan menggunakan pelitup muka semasa di kawasan terbuka mahupun tertutup bagi mengelakkan jangkitan.
YB KJ menyatakan kelonggaran pemakaian pelitup muka dan imbasan kod QR MySejahtera tidak diwajibkan lagi apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam akan berkuatkuasa pada 1 Mei ini.
Sementara itu pengguna lebuh raya PLUS masih perlu sentuh kad TNG dan lalu lorong RFID untuk mendapatkan tol percuma yang akan bermula pada hujung minggu ini.
Tol Percuma Sempena Raya, Pengguna Tetap Perlu Sentuh Kad TNG Atau Lalu Lorong RFID
‘Dah Macam Nak Balik Kampung’ – Netizen Kongsi Kesesakan Luar Biasa Sempena Pembelian Jualan Raya