Pada awal bulan baru-baru ini tular beberapa gambar menunjukkan seorang pemain bola amatur membawa objek tajam dipercayai kerambit ke dalam padang.

Selang beberapa hari, pihak polis berjaya menahan suspek bersama teman wanitanya berusia 21 tahun di sebuah rumah di Klang, Selangor. Teman wanitanya ditahan atas kesalahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, polis mengesahkan pemain bola sepak amatur adalah suspek yang membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada Mei lalu, petik Buletin TV3.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki berusia 22 tahun itu akan dituduh atas kedua-dua kesalahan itu di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

“Dia ini ada ‘wanted’ (dalam senarai dikehendaki) satu kes, kes baling molotov cocktail di depan pusat hiburan, inilah orangnya.

“(Suspek) ini pun akan dituduh di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, suspek orang sama,” katanya.

Pusat Hiburan Terbakar Dibaling Bom Petrol, Polis Buka Kertas Siasatan

Tambah beliau, polis mengenal pasti suspek terlibat dalam kedua-dua kes berdasarkan siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan proses pengecaman.

Difahamkan suspek turut mempunyai dua rekod kes jenayah lampau.

Terdahulu, sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, terbakar selepas dibaling dengan bom petrol (bom molotov).

Empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Sumber