Tular klip video rakaman CCTV menunjukkan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng, terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol, awal pagi tadi.

Dalam rakaman berdurasi 45 saat itu, empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis terbabit dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Baca Juga:

Sementara itu tular satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat yang menunjukkan premis berkenaan terbakar dengan terdapat orang awam membantu memadamkan kebakaran.

Kejadian itu berlaku jam 2.18 pagi, 9 Mei, semalam berdasarkan tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV terbabit.

Sementara itu, memetik Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

Sumber