Tan Sri Annuar Musa merupakan salah seorang ahli politik yang pasti mencuri perhatian ramai apabila setiap kali imejnya terakam, pasti gambar tersebut jadi perbincangan ‘kaki fesyen streetwear’ tempatan di internet.
Baru-baru ini Instagram @beastlab_ telah berkongsi anggaran harga keseluruhan jam tangan dan sweater dipakai oleh Annuar Musa yang mencecah kira-kira RM158,100 dalam satu sesi temu bual bersama pihak wartawan.
Baca Juga:
- Annuar Musa Nafi Miliki Jam Tangan Mewah Richard Mille Seperti Tular Di Media Sosial
- Tular Berselipar LV, Netizen Terkejut Dengan Citarasa Fesyen Annuar Musa Yang ‘Hypebeast’
- Ini Jam Tangan Disarung TMJ Ketika Final Piala FA, Dianggarkan Berharga RM440,382
Menurut Instagram @beastlab_ jam tangan tersebut merupakan model HYT H1 yang dibuat oleh sebuah syarikat pembuatan jam yang berpangkalan di Neuchâtel, Switzerland. Uniknya, ia merupakan satu-satunya syarikat pembuatan jam tangan di dunia yang memaparkan masa dengan cecair. Harga anggaran bagi model jam tangan berwarna Titanium White Iceberg yang dipakai oleh Annuar Musa itu bernilai sekitar RM145,000.
Manakala sweater putih dengan warna kuning hijau yang dipakai beliau pula adalah Louis Vuitton Patchwork Baseball Jersey, gabungan blouse jacket dengan athletic t-shirt yang menjadi satu outfit disertakan zip di tengah-tengah pakaian tersebut. Akaun Instagram @beastlab_ menyatakan harga bagi sweater tersebut sekitar RM13,100.
Annuar Musa memakai outfit tersebut semasa ‘turun padang’ ke kawasan Ketereh bagi tujuan persedian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung pada 19 November akan datang selepas Perdana Menteri membubarkan parlimen pada 10 Oktober lalu.
Sebelum ini juga ahli politik Malaysia itu pernah menjadi bualan ramai apabila ‘selipar rumah’ yang dipakai bernilai RM4,650 dan beliau turut pernah menafikan memiliki jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit selepas dirakam ketika sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun lalu.
MenKOMM Tan Sri @AnnuarMusa menyampaikan sumbangan kepada 210 mangsa ribut di Madrasah Binjai Manis, Ketereh di Kelantan hari ini.
📹 Habsah Ismail | BERNAMA pic.twitter.com/X3sqpyACmV
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 23, 2022