Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyatakan DNA pemain TRW Kelantan kini menyinar dalam arena bola sepak di Eropah.
Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, Annuar mendakwa salah seorang bekas pemain import pasukan iaitu Obinna Nwaneri mempunyai anak yang kini beraksi bersama Arsenal iaitu Ethan Nwaneri yang baru-baru ini menjaringkan gol ketika berdepan Manchester City dalam saingan EPL.

Baca Juga:
- Cristiano Ronaldo Mahu Jadi Pemilik Kelab Selepas Bersara
- Mohammed Bin Salman Mahu Arab Saudi Berbaik Dengan Israel, Benarkah?
- Ini 10 Pembelian Termahal Dilakukan Kelab Arab Saudi
“Ingatkah kita pemain pertahanan The Red Warriors, Obinna Nwaneri? Anaknya kini bermain di EPL (Liga Perdana Inggeris) untuk pasukan Arsenal,” tulisnya.

Annuar Musa Salah Fakta
Akan tetapi, kenyataan Annuar ini tidak benar dimana bapa kepada Ethan iaitu Obi Nwaneri menafikan mereka ada kaitan dengan bekas pemain kebangsaan Nigeria tersebut.
Meskipun mempunyai nama keluarga yang sama, perkara ini tiada kaitan dengan pertalian darah antara kedua-dua pemain itu meskipun prospek hangat Arsenal itu mempunyai susur galur dari negara Afrika terbabit.
Ketika beraksi bersama Kelantan, Obinna muncul sebagai salah satu pemain import terbaik bagi kelab Pantai Timur itu dimana beliau menampilkan prestasi cemerlang di bahagian pertahanan.
Dari segi kejuaraan, Obinna membantu Kelantan memenangi Piala FA, Piala Malaysia dan juga Liga Super ketika era kegemilangan kelab itu.

Selain Ethan, Annuar Musa turut menyatakan keluarga dan anak angkatnya di Uzbekistan, Sarikov Shamshodbek dan siterinya Sitora mempunyai anak yang ketika ini beraksi bersama Manchester City iaitu Abdukodir Khusanov.
Khusanov dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini bagi memperbaiki kelompongan di bahagian pertahanan skuad kendalian Pep Guardiola itu dimana beliau sebelumnya beraksi bersama kelab Ligue 1 Perancis iaitu RC Lens.