Bagi peminat FamilyMart, nama pasaraya ini bukanlah sesuatu yang asing. Dan kini ada berita baik buat para peminat dan penggemar FamilyMart, rangkaian pasaraya terbesar dan terkenal di Jepun ini.
Pasaraya FamilyMart yang pertama baru saja dibuka di Malaysia pada 11 Nov 2016 iaitu semalam di Wisma Lim Foo Yong in Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Apa yang menarik sangat sampai ada yang teruja dengan pembukaan pasaraya ini?
FamilyMart merupakan rangkaian pasaraya terkenal di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan kerana menyediakan hidangan panas buat para pelanggannya.
Pasaraya ini juga menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga para pelancong bagi mendapatkan barangan memasak, serta minuman dan makanan yang mudah dibawa seperti roti, onigiri dan bento.
FamilyMart dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini pastinya memudahkan mereka yang bekerja dan berada di sekitar untuk mendapatkan roti segar sebagai sarapan setiap pagi.
Berbagai pilihan minuman kopi turut disediakan sebagai pelengkap sarapan anda. Atau mungkin sebagai penyegar menghilangkan mengantuk di waktu petang.
Hidangan panas berupa sup dan tomyam turut ditawarkan di FamilyMart. Dapat di waktu hujan memang fuuuhhh!
Dan tak lupa onigiri yang menjadi salah satu makanan trademark FamilyMarket!
Begitu juga dengan bento yang kini bukan lagi sesuatu yang asing di kalangan masyarakat bandar di negara ini. Set bento sebegini pastinya memudahkan anda yang inginkan makanan yang masih panas dalam kadar waktu yang cepat untuk makan tengahari.
Tidak ketinggalan adalah pilihan makanan yang lebih ringkas bagi anda yang mencari sesuatu yang lebih ringan sebagai pengalas perut.
Aiskrim teh hijau (green tea ice cream) pun ada. Anytime boleh beli.
Dan tak ketinggalan aiskrim premium khas buat peminat aiskrim dalam kategori ini.
Sandwich, dan berbagai lagi pilihan makanan lain. Rambang mata.
Coklat, Pocky, Pepero, kekacang, biskut. Ah heaven!
Buat anda yang ingin menikmati kesemua makanan yang menggoda mata dan selera ini, bolehlah berkunjung ke FamilyMart di alamat Wisma Lim Foo Yong, 86, Jalan Raja Chulan, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut kakitangan FamilyMart di sini, outlet kedua akan dibuka di satu lagi lokasi tidak lama lagi.
Anda juga boleh ikuti update terkini di Facebook Page FamilyMart Malaysia.