Malaysia akhirnya menerima kehadiran Korean fast food chain pertama, Lotteria yang kini dibuka secara rasmi di The Curve Damansara.
Jenama yang popular di Korea Selatan ini memang terkenal dengan burger udang, ayam berperisa Korea dan menu pencuci mulut ala K-dessert.


Jadi bila outlet pertama dibuka, kami pun tak lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal mencubanya. Jom lihat apa yang menarik untuk di cuba di sini.
Ria Shrimp Burger
Ria Shrimp Burger memang antara menu paling stand out. Patty udangnya tebal, rangup di luar dan lembut di dalam, dengan rasa manis udang yang segar, langsung tidak rasa hanyir atau over-processed.
Sos creamy yang dilapis atas patty memberikan balance rasa yang cukup sempurna, sedikit masam-manis yang menaikkan rasa udang.

Roti burger dia pula lembut tapi tidak lembik, cukup untuk pegang patty tebal tanpa hancur.
Setiap gigitan memberi kombinasi crispy + juicy + creamy yang memuaskan. Seriously, burger ni padu gila untuk pencinta makanan laut!
Cheese Stick
Cheese stick Lotteria simple tapi cukup memuaskan. Kulit luar rangup tipis, bunyi crunch bila digigit memang puas hati.

Dalamnya cheesy dan meleret panjang bila ditarik, creamy dan kaya rasa tanpa terlalu masin. Sesuai untuk snacking cepat atau makan sambil tunggu makanan utama.
Ayam Gangjung
Ayam Gangjung ni memang highlight menu. Coating sos pedas manis pekat melekat cantik pada kulit ayam yang rangup.

Pedasnya ada ‘kick’ tapi tak sampai buat mata berair, manisnya seimbang dengan rasa ayam. Bahagian dalam juicy dan lembut, tak kering walau digoreng rangup.
Red Bean Bingsu
Untuk pencuci mulut, Red Bean Bingsu memang penyelamat palate selepas makanan goreng yang berat. Ais dia halus macam salji, lembut dan cepat cair di mulut.

Red bean manis ringan, tak terlalu manis dan tekstur kacangnya terasa. Setiap suapan memberi kesegaran + manis ringan, memang penutup sempurna untuk set Lotteria.
Kalau anda peminat makanan Korea atau memang suka fast food yang lain daripada biasa, Lotteria memang berbaloi untuk dicuba.
@mimieyuzi First Korean fast food chain finally here! Lotteria punya menu semua padu 🔥🤌 #jalanjalancarimakan #lotteria #foodporn #reviewfood #fyp @Lotteria Malaysia
Menu dia simple tapi ada identiti, terutama pada rasa udang dan ayam dengan sos gaya Korea yang jarang kita dapat di fast food lain.
Dengan pembukaan pertama ini, tak mustahil Lotteria akan jadi antara spot viral baru untuk k-food lovers di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Lotte GRS Co, anak syarikat kepada Lotte Group, telah menandatangani kerjasama rasmi dengan Serai Group untuk membawa Lotteria masuk ke pasaran Malaysia.
Difahamkan dengan pembukaan cawangan pertama di The Curve ini menjadi permulaan kepada rangkaian 30 cawangan baharu yang disasarkan dalam tempoh lima tahun akan datang.