Setelah sekian lama bertapak di Malaysia, Vans akhirnya membuka cawangan Outlet Store pertama Mereka di Johor Premium Outlets (JPO).

Seperti juga mana-mana jenama yang membuka butik di sana, Vans menawarkan pelbagai barangan seperti kasut, topi, jaket dan beg pada harga yang sangat menarik sehingga potong harga 50 peratus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkesempatan untuk melawat outlet ini, pelbagai rekaan yang menarik sedang ditawarkan ketika ini antaranya Vans Berle Pro ‘Croc’, Vans Sid DX ‘Anaheim Collection’ dan banyak lagi.

https://www.instagram.com/p/CCc3i8QBtWZ/

vans Outlet 1

vans Outlet 2

vans Outlet 3

Sempena pembukaan, Vans menawarkan potongan harga tambahan 10% untuk pembelian 2 barangan dan 20% untuk pembelian 4 barangan ke atas. Makin banyak anda beli, makin murah jadinya.

Sekiranya anda akan ke Johor dalam masa terdekat, jangan lepaskan peluang melawat Outlet Store pertama Vans ini. Mana tahu kasut yang anda cari ada di sini pada harga yang jauh lebih murah.

Ini pula beberapa koleksi Vans yang mencuri tumpuan peminat di Malaysia tahun ini. Klik pada pautan di bawah.

Vocket Review: Unboxing Kasut Vans x National Geographic Yang Mantap

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

UltraRange EXO, Model Paling Selesa Dan Ringan Daripada Vans Setakat Ini