Dengan media sosial, kita dapat mengetahui lebih banyak tempat menarik di luar negara dengan mudah. Namun, realitinya tidak semua indah seperti yang diharapkan apabila dilawati.

Baru-baru ini tular seorang wanita tempatan yang berkongsi pengalaman dan meluahkan ketidak puasan hati dengan realiti sebenar bercuti di Jakarta kerana tidak sama seperti yang digambarkan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Sebaik tiba di sana, pada pandangan pertamanya adalah keadaan sekeliling yang kotor dan terlalu padat dengan kenderaan dan orang ramai di jalanan.

Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Dia juga meluahkan kekecewaan terhadap tahap kebersihan di restoran yang mana keadaan cawan yang berkulat dan mendakwa terdapat bendasing seperti ulat melekat pada nasi.

Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Mimpi ngeri itu tidak berhenti di situ, malah dia mengatakan kesemua restoran yang dilawati turut menghadapi masalah sedemikian.

Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Kesesakan jalan raya juga didapati lebih teruk di Jakarta berbanding dari ibu kota, Kuala Lumpur. Namun, dia sangat berpuas hati layanan pemandu di Jakarta yang peramah sekaligus membuktikan warga lokal di sana memang baik belaka dengan pelancong luar.

Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Selepas itu, dia turut gembira dengan hotel yang ditempah kerana tersangat cantik. Namun, lorong di sekitar hotel itu pula didakwa terdapat tikus sebesar kucing yang menghuni di situ.

Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Selain itu, dia turut melawati pasar raya Thamrin City yang disarankan ramai kerana popular dengan tawaran beribu seleksi jenis pakaian dengan harga mampu milik. Namun, dia tetap merasa pakaian yang ditawarkan tidak menepati citarasanya dan digelar ‘overrated’.

Secara keseluruhannya, dia memberikan rating makanan dan pengalaman membeli belah tersangat rendah. Dia hanya menikmati saat-saat indah ketika berada di hotel dan juga di dalam penerbangan bagi sepanjang percutiaan ke Jakarta.

Menerusi ruangan komentar, wanita ini mendedahkan mengalami keracunan makanan walaupun sudah menggelak daripada membeli juadah di kedai kaki jalan. Dalam pada itu, dia hanya membeli buah tangan berupa kopi lapangan terbang untuk keluarga terdekat.

Hantaran wanita tempatan sememangnya menarik perhatian ramai dan majoriti netizen agak terkejut dengan ulasan jujur yang diberikan tentang realiti di Jakarta. Mereka merasakan ia seperti indah khabar dari rupa sahaja tidak seperti yang dicanang di media sosial

Sumber Gambar: TikTok intanurliana
Sumber Gambar: TikTok intanurliana

Malah, ada yang bersetuju dengan kenyataan wanita itu dan berkongsi pengalaman sebegitu rupa. Di samping itu, ada yang mencadangkan kepada wanita itu untuk melawati lokasi selain Jakarta yang jauh lebih baik seperti Bandung, Padang atau Lombok.