Bekas pemain Arsenal dan pemenang Piala Dunia, Mesut Ozil gembira dapat meluangkan masa dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ozil, pertemuan dengan perdana menteri itu menyentuh tentang isu kemanusiaan di Gaza.
Ozil dalam hantarannya berkata: “Kami telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam pertemuan ini, yang turut disertai oleh Encik Bilal Erdoğan, kami mengadakan perbincangan mengenai isu-isu umat Islam dan tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza.”
Seterusnya Anwar dan Ozil turut membincangkan tentang bagaimana bola sepak boleh dijadikan sebagai medium penyatuan.
Ozil menambah: “Selain itu, kami turut membuat penilaian tentang kuasa penyatuan bola sepak, impak sukan terhadap masyarakat, serta peranan golongan belia dalam perjuangan solidariti global.”
Mesut Ozil sangat gembira dan berterima kasih dengan pertemuan yang dianggap sangat bermakna itu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas perkongsian yang sangat bermakna”
Malezya Başbakanı Sayın Anwar Ibrahim ile bir araya geldik.
Sayın Bilal Erdoğan’ın da eşlik ettiği bu buluşmada; İslam ümmetinin meseleleri ve Gazze’de yaşanan insani dram üzerine istişarelerde bulunduk.
Bununla birlikte futbolun birleştirici gücü, sporun toplumlar üzerindeki… pic.twitter.com/hIwDzHOzYV— Mesut Özil (@M10) January 8, 2026
Sementara itu, semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi detik detik beliau bertemu dengan Mesut Ozil.
Selain daripada perbincangan serius tentang isu kemanusiaan, Anwar sempat berkongsi tentang cucunya yang merupakan peminat tegar pasukan Arsenal.
Selain itu, Anwar Ibrahim turut berkesempatan untuk menjemput Mesut Ozil datang ke Malaysia bagi mencurahkan sedikit ilmunya tentang bola sepak dan juga beberapa perkara lain.
Saya selaku penyokong Manchester United berkesempatan menerima kunjungan bekas bintang Arsenal, Mesut Özil, di Istanbul.
Beliau kini terlibat secara aktif dalam AK Party Republik Türkiye di samping terus komited dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan.
Dalam pertemuan ini, saya… pic.twitter.com/HGdpGoWB3X
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) January 8, 2026