Sebut mengenai Ali Puteh beserta bekas kakak iparnya, Norhidayah Mohd Ali, pasti ramai yang sudah tahu mengenai konflik melibatkan dua individu ini yang berlarutan sehingga lebih tiga tahun.

Terlibat dengan isu pembahagian harta faraid dan saman fitnah antara yang membuatkan Ali Puteh tidak lagi menjadi pilihan dunia hiburan sekaligus memilih untuk mengusahakan penjualan produk Sambal Petai Terangkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, menerusi temu bual bersama mStar Online, Ali Puteh memohon Norhidayah agar berhenti berkongsi perkara yang membolehkan Ali menjadi bahan kecaman netizen.

Hal ini dimaklumkan selepas Ali Puteh menjelaskan faraid serta pembahagian harta peninggalan arwah Abam berjaya diselesaikan sepenuhnya pada bulan lalu.

Apa yang tinggal kini hanyalah hutang saman fitnah Ali kepada Norhidayah di mana Ali mahu membayar hutang saman fitnah ini secara ansur-ansuran.

Menurut Ali, meskipun perniagaan Sambal Petai Terangkat beliau mulai mendapat sambutan orang ramai, beliau tidak terlepas daripada diserang netizen meskipun sudah memaklumkan berusaha untuk membayar hutang saman fitnah tersebut.

Norhidayah tolak pembayaran saman secara ansuran

Ali Puteh turut mendedahkan sebelum ini di mana pihak Norhidayah telah menolak usaha beliau untuk membayar nilai saman fitnah berjumlah RM75,000 secara ansuran.

Selain itu, pihak Norhidayah turut menolak usaha Ali Puteh membayar wang sebanyak RM25,000 beserta tiga buah motosikal.

“Masyarakat sekarang hukum saya. Macam saya ni orang neraka. Sampai sekarang ada yang bercakap lagi jangan lupa bayar hutang. Awak gunakan media sosial untuk membantai saya” luah Ali Puteh.

Diharap kemelut dua individu yang berlangsung selama lebih tiga tahun ini dapat diselesaikan sekaligus membolehkan Ali Puteh dan Norhidayah mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Sumber