Umum mengetahui bahawa pusat hiburan di negara ini masih lagi tidak dibenarkan beroperasi berikutan pencegahan penularan wabak COVID-19. Meskipun dilarang, namun masih ada pemilik pusat hiburan yang berdegil meneruskan juga operasi pusat hiburan walaupun nilai kompaun sudah ditingkatkan kepada RM10,000 seorang.
Baru-baru ini, seramai 109 orang pengunjung serta 9 orang pekerja di salah satu pusat hiburan di Kuala Lumpur dikompaun sebanyak RM10,000 seorang atas kesalahan kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Padah kerana masih berdegil.
109 pengunjung pusat hiburan di ibu negara dikompaun RM10,000 setiap seorang kerana langgar SOP PKP.
Aktiviti pusat hiburan masih dilarang dan dikenakan kompaun maksiumum RM10,000
Pemilik premis pula dikompaun RM50,000 pic.twitter.com/PKdMOLjeVy
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 3, 2021
Dalam pada itu, pemilik premis pusat hiburan pula dikompaun sebanyak RM50,000 mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 dan Seksyen 29 Kanun Keseksaan.
“Bila sampai premis itu, kami mendapati ramai pengunjung yang sedang leka berhibur dengan muzik. Pihak kami menutup muzik itu dan siasatan ujian air kencing dijalankan dan 3 individu didapati positif dadah,” kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah seperti dikutip menerusi perkongsian video YouTube TV3.
Berdasarkan laporan, premis berkenaan didapati sudah beberapa kali diserbu namun pemiliknya masih berdegil dan ingin terus menjalankan kegiatan hiburan itu walaupun sudah dilarang oleh kerajaan. Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis terbabit bagi memastikan kesalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
Tealive kongsi ciapan sindiran buat Chatime berkaitan isu Neelofa merentas negeri ke Pulau Langkawi. Baca pada pautan di bawah.
Kongsi Ciapan Sindiran, Tealive ‘Troll’ Pesaing Syarikat Buat Netizen Tergamam
Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi
Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun