Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis ketika menghantar kek di Balai Polis Tapah mengundang padah, apabila dia ditahan reman sejurus memberitahu ia adalah satu prank.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 36 tahun itu datang ke balai polis berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang semalam dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman kepada anggota polis yang bertugas sebagai penyelia kaunter aduan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan Kosmo, suspek kemudian mengarahkan anggota polis terbabit untuk masuk ke kaunter aduan dan menyatakan dia adalah Pegawai Turus dari Bukit Aman dan kedatangannya adalah untuk menangkap anggota berkenaan.

“Suspek kemudian berkata hendak keluar bagi mengambil fail dan apabila masuk semula ke balai, suspek membawa sebiji kek dan menyatakan tindakannya sebelum itu adalah ‘prank’.

“Suspek kemudian berkata hendak keluar bagi mengambil fail dan apabila masuk semula ke balai, suspek membawa sebiji kek dan menyatakan tindakannya sebelum itu adalah ‘prank’.

“Kek yang dibawa oleh suspek merupakan tempahan daripada seorang pelanggan untuk diberikan kepada anggota polis terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Abang Zainal berkata perbuatan suspek telah melampaui batas dan perbuatannya adalah salah kerana disifatkan menyamar sebagai polis.

Malah, katanya ketika disoal, suspek sekali lagi memberitahu dia adalah anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Namun, melalui pemeriksaan dokumen kita mendapati suspek adalah orang awam dan isterinya menjalankan perniagaan tempahan kek,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Zainal berkata, suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan direman di Mahkamah Kuching.

Sumber